SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Wednesday, May 27, 2015

DUNIA PANGKALAN DATA : DEFINISI DAN CARA-CARA MENGHASILKANNYA

PEMBINAAN PANGKALAN DATA

Pengenalan Kepada Pangkalan Data

 Apakah Pangkalan Data

Pangkalan data adalah seperti sebuah kabinet fail. Pangkalan data boleh digunakan untuk:

a. Mendapatkan maklumat dengan pantas, cepat dan tepat.
b. Boleh menambah, mengubahsuai atau memadam sesuatu rekod.
c. Menyelenggara data dan rekod.
d. Mengisih maklumat mengikut nombor rekod atau nama sesuatu rekod.

 Bagaimana Membina Pangkalan Data

Sebagai contoh: buku alamat berkomputer

a. Keseluruhan buku alamat dipanggil sebagai jadual (Table)
b. Maklumat lengkap dipanggil sebagai rekod. Koleksi rekod-rekod adalah suatu jadual (Table).
c. Maklumat di dalam rekod dipanggil medan (Fields). Contohnya, nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

Struktur-struktur Pangkalan Data

Sesuatu Pangkalan Data boleh menggambarkan koleksi maklumat yang ingin dipaparkan. Antara keperluan pangkalan data adalah;

a. Mencipta struktur pangkalan data.
b. Memilih jenis medan-medan yang akan digunakan dalam pangkalan data.
c. Menamakan setiap medan dengan nama yang sesuai.

 Memulakan Pangkalan Data

Untuk mula membina pangkalan data, seseorang itu perlu mengetahui bagaimana untuk;

a. Memulakan Aplikasi
b. Mencipta dan membina struktur pangkalan data anda
c. Menutup dan keluar dari aplikasi.


CARA-CARA MENGHASILKAN PANGKALAN DATA



















UNTUK LEBIH FAHAM SILA TONTON VIDEO DI BAWAH




Selamat membuat Pangakalan Data...hehehehheheh













No comments:

Post a Comment