SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Tuesday, May 26, 2015

INTERNET

 SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

MAKSUD INTERNET 

Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian.Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.

Sekiranya kita menggunakan komputer biasa (tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut.

Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon, perubatan dan sebagainya.

Internet adalah sebuah sistem komunikasi global yang menghubungkan komputer-komputer dan jaringan-jaringan komputer di seluruh dunia. Setiap komputer dan jaringan terhubung secara langsung mahu pun tidak langsung ke beberapa jalur utama yang disebut internet backbone dan dibezakan satu dengan yang lainnya menggunakan unique name yang biasa disebut dengan alamat IP 32 bit. Contoh: 202.155.4.230 .

Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian.Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal. 

Komputer dan jaringan dengan berbagai platform yang mempunyai perbezaan dan ciri khas masing-masing (Unix, Linux, Windows, Mac, dll) bertukar informasi dengan sebuah protokol standard yang dikenali dengan nama TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). TCP/IP tersusun atas 4 layer (network access, internet, host-to-host transport, dan application) yang masing-masing memiliki protokolnya sendiri.


Sebenarnya tidak ada satu-satu takrifan yang khusus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh di takrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi. Semuanya boleh di gunakan untuk menyatakan apakah dia Internet.





PERKHIDMATAN INTERNET

E-MEL

Perkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej berbentuk mel daripada satu penghantar kepada satu atau lebih penerima dalam rangkaian. lampiran dokumen elektronik juga boleh disertakan bersama-sama mesej tersebut.




JARINGAN SEJAGAT (WWW)
 
Perkhidmatan yang membenarkan akses kepada dokumen hiperteks, fail audio dan fail video dalam Internet dengan menggunakan pelayar web.





PROTOKOL PINDAH FAIL (FTP)

Perkhidmatan yang digunakan untuk memindahkan fail antara komputer melalui rangkaian.





KUMPULAN BERITA 

Perkhidmatan penyampaian berita kepada sekumpulan ahli yang berdaftar.



PEMESEJAN SEGERA

Perkhidmatan pertukaran mesej dalam masa nyata antara dua atau lebih pengguna secara dalam talian.




TELEFONI INTERNET

Perkhidmatan yang digunakan untuk melakukan panggilan  telefon atau memfakskan dokumen dengan menggunakan rangkaian Internet



No comments:

Post a Comment